Thursday, July 31, 2008

Disebalik Malaysia VS Chealsea


Malaysia-0 Chealsea-2 itulah keputusan perlawanan antara Malaysia dengan kelab handalan dunia Chealsea. Sebagai rakyat Malaysia saya juga teruja dengan perlawanan ini, tetapi atas sebab tertentu hanya dapat menyaksikannya di dalam internet dan tidak mampu berkunjung ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Kegairahan untuk melihat perlawanan ini secara langsung sehinggakan hampir semua channel sukan Astro di tukar 2-3 saat sekali pada waktu perlawanan ditetapkan dan harapan luntur kerana tiada siaran televisyen percuma atau berbayar menyiarkan secara langsung. AKU KECEWA.

Saya cuba mencari alternatif lain untuk melihat juga perlawanan terbabit dan memilih internet sebagai pengantaranya. Dengan melayari website www.justin.tv akhirnya dapat juga melihat perlawanan terbabit secara langsung meskipun gambar yang dipaparkan tersekat-sekat sedikit. Apa yang paling menarik lagi di sebelah ruangan melihat siaran terbabit terdapat ruangan sembang turut disediakan, saya makin teruja.

Cerita yang membuatkan saya makin teruja adalah gelagat sembang para chatters di dalam ruangan sembang terbabit. Pada mulanya sembang-sembang ringan terhadap sokongan pasukan yang diminati masing-masing tetapi lama kelamaan keadaan menjadi tidak terkawal. Apa yang saya maksudkan adalah ayat-ayat kesat atau off-topic terkeluar didalam ruang sembang terbabit. Masih ada yang sayang dan cinta negara sendiri dengan menyatakan sokongan terhadap malaysia tetapi ada pula yang menunjukan sifat tidak matang dalam perbualan tersebut sekaligus dibaca oleh pembaca dari negara jiran.

Terdapat seorang chatter telah mengeluarkan isu politik semasa negara dan secara tidak langung ianya mengubah situasi topik perbualan tentang bola sepak terhadap isu negara kita. Apa yang tidak elok lagi ianya bertukar kepada pertelingkahan berunsurkan perkauman dan keagamaan. Saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan dan terasa terhina dengan beberapa ayat yang dikeluarkan sekaligus menunjukkan ramai lagi rakyat malaysia tidak menyedari isu sensetif ataupun sifat menghormati agama dan kaum lain. Terdapat seorang chatter telah mengeluarkan kenyataan terhadap Allah S.W.T tanpa sedikitpun berasa bersalah meskipun beliau bukanlah seorang penganut agama islam, beliau patut menghormati agama lain. Antara kenyataan dikeluarkan ialah "all ur allah sohai la.. teach ppl pray 5 time aday... go work la" , "kerja tak mau sembahyang 5 kali " , "panggil allah u bagi makan la".... saya tergamam seketika melihat ayat yang keluar dan merasakan nilai harmoni manusia memang semakin kurang.

Beberapa pekara yang saya rasa atas pemikiran saya adalah kewajaran isu ini timbul adalah sebab kita sendiri : MUNGKIN. Ini adalah beberapa pendapat saya kenapa ini berlaku antara sebab dan kesan :
1) Chatter terbabit melihat kaum melayu yang menganuti agama islam ini sebagai Malas dan golongan kelas bawahan atas sebab?
2) Chatter terbabit turut melihat Chatter lain bertelingkah mengenai politik antara orang melayu sendiri sedangkan sepatutnya bualan topik bola sepak tetapi menjadi medan politik dan kutuk mengutuk sesama melayu.
3) Lebih ramai chatters rakyat malaysia sendiri yang berbahasa melayu bersembang menyokong pasukan Chealsea dari negara sendiri sekaligus melihatkan kemana sifat patrotik?

Walaupun ruangan sembang ini mungkin bagi sesetengah pihak mengambil pandang mudah pekara sebegini tetapi pemikiran saya sebaliknya. Antara ayat yang dikeluarkan oleh Chatter ini sebenarnya ada kebenaran. Lihat saja point yang diberikan oleh chatter terbabit, mengapa beliau mengeluarkan kenyataan beliau, mengapa beliau menglabelkan orang Islam @ melayu sebegitu?
Perkataan MALAS yang dilemparkan tadi mungkin ada benarnya apabila saya kaitkan pula dengan isu mengapa pekerja warga asing perpusu-pusu datang ke Malaysia untuk mencari rezeki, gejala sosial orang melayu sendiri, perpaduan orang melayu sendiri atau perpaduan orang yang dianggap saudara sesama islam sendiri tidak bersatu? Mungkin itu adalah apa yang beliau nampak mengenai orang islam melayu Malaysia. Isu dalam ruangan sembang itu sudahpun berlalu tetapi adakah label itu akan terus kekal terhadap diri bangsa dan agama saya sendiri?

Friday, July 25, 2008

Lawak


Petikan dari buletin post Fiq di Friendster :

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon.

Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya..
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya... Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis...
7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI

Isteri Idaman


Agak kelakar apabila saya membaca satu buletin yang dipostkan oleh rakan baik saya.. Fikri atau bob atau lebih senang saya memanggilnya Fiq. Beliau seorang yang sangat ceria dan penyabar.. bekerja sebagai seorang pereka grafik yang mempunyai syarikatnya sendiri. Sudah mengenalinya hampir 20 tahun saya mengakui saya senang berkawan denganya. Ini adalah coretan nota yang ditulis beliau dalam Friendster:


Kriteria isteri idaman adalah:
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercayai sangat penting.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenali satu sama lain..

Disini juga saya boleh mengiklankan beliau masih lagi tercari-cari seorang calon isteri dan saya pecaya beliau seorang yang bertanggunjawab, mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan taraf pengajian yang tinggi. Fiq juga begitu kreatif dalam bidang grafik dan seringkali beliau mempunyai idea yang bagus dalam bidang ini. Kepada sesiapa yang ingin berkenalan atau mengenali beliau.. saya boleh katakan anda tidak akan rugi...

Tuesday, July 15, 2008

Gol dan Gincu + Kasut Tumit Tinggi


Euro dah abis! Sepanyol yang menjadi Juara Euro2008. Dalam sibuk ramai kawan-kawan berborak pasal gol Fernando Torres yang score untuk jaringan Sepanyol itu ada pula kawan saya mencelah satu topic, James namanya (pengusaha kedai cermin mata).

"How about Kelantan issue?" soalan James... dan saya terus mencelah apabila dia menanyakan soalan demikan kerana terkejut apabila dikaitan dengan negeri kelahiran saya itu.. "Ialah... sekarang kecoh di Kota Bahru melarang perempuan memakai lipstick dan kasut tumit tinggi"... wah wah wah.. topic baru ni mungkit menjadi hangat sebab di meja ketika itu terdapat 2 orang kelahiran negari kelantan... saya menunggu siapakah yang bakal menjawab dahulu.

"U rasa patut kah Kota Bahru buat mcm tu? kalau tourist datang, semua kena bukak kasut kah? dan kalau bini u pakai lipstick u marah ka? bertubi-tubi soalan dikemukan.. James ini sebenarnya seorang yang berfikiran terbuka dan mudah bergaul.. seorang yang berbangsa cina yang mempunyai banyak pandangan positif dan sifatnya memang begitu.. suka bertanya tentang pendapat orang lain dan dia bijak juga mengatur kata-kata.

Isu gincu dan tumit tinggi ini saya gagal memberikan pendapat saya pada malam itu... cuma rakan saya .. Muniruddin bijak membahaskan... perbincangan dan perbualan yang mengambil masa lebih dari 2 jam itu berakhir setelah kedai makan menutup waktu operasinya. Sekiranya anda berada disituasi saya ketika itu... apa hujah anda?

Monday, July 14, 2008

Memulakan Langkah Baru


Masih teringat saya semasa perhimpunan sekolah waktu ditingkatan 4 suatu masa dahulu, guru bertugas menyampai satu penyampaian tentang nilai-nilai murni. Antara nilai yang patut manusia teramat miliki ialah 'mengaku kesalahan diri sendiri'.

Mungkin hari ini saya boleh menjawab sendiri dan diri sendiri yang tahu apakah hikmah yang telah terjadi pada diri saya hari ini adalah kesilapan saya sendiri. Saya mengaku atas keadaan diri saya hari ini adalah terjadi kerana kesilapan yang telah dilakukan pada masa lepas. MENGAKU kesilapan dan berfikir atas dasar apa, kenapa dan bagaimana untuk saya ubah agar kesilapan ini tidak terjadi sekali lagi. Kesilapan pertama mungkin boleh dikatakan sebagai pengalaman pembelajaran tetapi sekiranya kesilapan yang sama dilakukan kali ke-2 mungkin perkataan BODOH boleh digunapakai.

Banyak yang saya telah lakukan kesilapan dan kadang-kadang ada jugak mengatakan bukan silap 'aku' tetapi semua itu tak berubah jika diri sendiri tidak dapat berfikir apa dan siapa yang silap. Saya mahu mengubah diri saya sendiri sebelum saya mampu untuk mengatakan kesalahan itu dari kesilapan orang lain. Sebenarnya bila saya mahu menulis topik ini saya sendiri telah berasa lega, aman dan dapat berfikir lebih jauh untuk mencari idea baru setelah saya sendiri mengatakan kesilapan itu datang dari diri sendiri. Amat jauh berbeza bila diri telah sedar.. dan saya ingin memulakan langkah baru jika ini semua membuatkan saya sedar.

Mungkin ada tertanya-tanya apakah kesilapan yang telah saya lakukan, yang saya maksudkan dalam isu ini dan agak sukar saya ingin nyatakan disini tetapi kepada kenalan dan rakan yang rapat mungkin sedar apa yang telah terjadi pada diri saya. Terima kasih kepada kenalan yang sekali sekala menegur saya walaupun secara tidak langsung dan memang saya telah rasai sekarang kesilapan ini. Tiada siapa yang mampu ubah diri kita kecuali kita mengubahnya sendiri dan tiada siapa yang memilih untuk tidak berjaya kecuali kita sendiri gagal berusaha mencapai apa yang kita ingin jayakan.