Thursday, July 31, 2008

Disebalik Malaysia VS Chealsea


Malaysia-0 Chealsea-2 itulah keputusan perlawanan antara Malaysia dengan kelab handalan dunia Chealsea. Sebagai rakyat Malaysia saya juga teruja dengan perlawanan ini, tetapi atas sebab tertentu hanya dapat menyaksikannya di dalam internet dan tidak mampu berkunjung ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Kegairahan untuk melihat perlawanan ini secara langsung sehinggakan hampir semua channel sukan Astro di tukar 2-3 saat sekali pada waktu perlawanan ditetapkan dan harapan luntur kerana tiada siaran televisyen percuma atau berbayar menyiarkan secara langsung. AKU KECEWA.

Saya cuba mencari alternatif lain untuk melihat juga perlawanan terbabit dan memilih internet sebagai pengantaranya. Dengan melayari website www.justin.tv akhirnya dapat juga melihat perlawanan terbabit secara langsung meskipun gambar yang dipaparkan tersekat-sekat sedikit. Apa yang paling menarik lagi di sebelah ruangan melihat siaran terbabit terdapat ruangan sembang turut disediakan, saya makin teruja.

Cerita yang membuatkan saya makin teruja adalah gelagat sembang para chatters di dalam ruangan sembang terbabit. Pada mulanya sembang-sembang ringan terhadap sokongan pasukan yang diminati masing-masing tetapi lama kelamaan keadaan menjadi tidak terkawal. Apa yang saya maksudkan adalah ayat-ayat kesat atau off-topic terkeluar didalam ruang sembang terbabit. Masih ada yang sayang dan cinta negara sendiri dengan menyatakan sokongan terhadap malaysia tetapi ada pula yang menunjukan sifat tidak matang dalam perbualan tersebut sekaligus dibaca oleh pembaca dari negara jiran.

Terdapat seorang chatter telah mengeluarkan isu politik semasa negara dan secara tidak langung ianya mengubah situasi topik perbualan tentang bola sepak terhadap isu negara kita. Apa yang tidak elok lagi ianya bertukar kepada pertelingkahan berunsurkan perkauman dan keagamaan. Saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan dan terasa terhina dengan beberapa ayat yang dikeluarkan sekaligus menunjukkan ramai lagi rakyat malaysia tidak menyedari isu sensetif ataupun sifat menghormati agama dan kaum lain. Terdapat seorang chatter telah mengeluarkan kenyataan terhadap Allah S.W.T tanpa sedikitpun berasa bersalah meskipun beliau bukanlah seorang penganut agama islam, beliau patut menghormati agama lain. Antara kenyataan dikeluarkan ialah "all ur allah sohai la.. teach ppl pray 5 time aday... go work la" , "kerja tak mau sembahyang 5 kali " , "panggil allah u bagi makan la".... saya tergamam seketika melihat ayat yang keluar dan merasakan nilai harmoni manusia memang semakin kurang.

Beberapa pekara yang saya rasa atas pemikiran saya adalah kewajaran isu ini timbul adalah sebab kita sendiri : MUNGKIN. Ini adalah beberapa pendapat saya kenapa ini berlaku antara sebab dan kesan :
1) Chatter terbabit melihat kaum melayu yang menganuti agama islam ini sebagai Malas dan golongan kelas bawahan atas sebab?
2) Chatter terbabit turut melihat Chatter lain bertelingkah mengenai politik antara orang melayu sendiri sedangkan sepatutnya bualan topik bola sepak tetapi menjadi medan politik dan kutuk mengutuk sesama melayu.
3) Lebih ramai chatters rakyat malaysia sendiri yang berbahasa melayu bersembang menyokong pasukan Chealsea dari negara sendiri sekaligus melihatkan kemana sifat patrotik?

Walaupun ruangan sembang ini mungkin bagi sesetengah pihak mengambil pandang mudah pekara sebegini tetapi pemikiran saya sebaliknya. Antara ayat yang dikeluarkan oleh Chatter ini sebenarnya ada kebenaran. Lihat saja point yang diberikan oleh chatter terbabit, mengapa beliau mengeluarkan kenyataan beliau, mengapa beliau menglabelkan orang Islam @ melayu sebegitu?
Perkataan MALAS yang dilemparkan tadi mungkin ada benarnya apabila saya kaitkan pula dengan isu mengapa pekerja warga asing perpusu-pusu datang ke Malaysia untuk mencari rezeki, gejala sosial orang melayu sendiri, perpaduan orang melayu sendiri atau perpaduan orang yang dianggap saudara sesama islam sendiri tidak bersatu? Mungkin itu adalah apa yang beliau nampak mengenai orang islam melayu Malaysia. Isu dalam ruangan sembang itu sudahpun berlalu tetapi adakah label itu akan terus kekal terhadap diri bangsa dan agama saya sendiri?

Friday, July 25, 2008

Lawak


Petikan dari buletin post Fiq di Friendster :

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon.

Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya..
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya... Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis...
7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI

Isteri Idaman


Agak kelakar apabila saya membaca satu buletin yang dipostkan oleh rakan baik saya.. Fikri atau bob atau lebih senang saya memanggilnya Fiq. Beliau seorang yang sangat ceria dan penyabar.. bekerja sebagai seorang pereka grafik yang mempunyai syarikatnya sendiri. Sudah mengenalinya hampir 20 tahun saya mengakui saya senang berkawan denganya. Ini adalah coretan nota yang ditulis beliau dalam Friendster:


Kriteria isteri idaman adalah:
1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercayai sangat penting.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenali satu sama lain..

Disini juga saya boleh mengiklankan beliau masih lagi tercari-cari seorang calon isteri dan saya pecaya beliau seorang yang bertanggunjawab, mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan taraf pengajian yang tinggi. Fiq juga begitu kreatif dalam bidang grafik dan seringkali beliau mempunyai idea yang bagus dalam bidang ini. Kepada sesiapa yang ingin berkenalan atau mengenali beliau.. saya boleh katakan anda tidak akan rugi...

Tuesday, July 15, 2008

Gol dan Gincu + Kasut Tumit Tinggi


Euro dah abis! Sepanyol yang menjadi Juara Euro2008. Dalam sibuk ramai kawan-kawan berborak pasal gol Fernando Torres yang score untuk jaringan Sepanyol itu ada pula kawan saya mencelah satu topic, James namanya (pengusaha kedai cermin mata).

"How about Kelantan issue?" soalan James... dan saya terus mencelah apabila dia menanyakan soalan demikan kerana terkejut apabila dikaitan dengan negeri kelahiran saya itu.. "Ialah... sekarang kecoh di Kota Bahru melarang perempuan memakai lipstick dan kasut tumit tinggi"... wah wah wah.. topic baru ni mungkit menjadi hangat sebab di meja ketika itu terdapat 2 orang kelahiran negari kelantan... saya menunggu siapakah yang bakal menjawab dahulu.

"U rasa patut kah Kota Bahru buat mcm tu? kalau tourist datang, semua kena bukak kasut kah? dan kalau bini u pakai lipstick u marah ka? bertubi-tubi soalan dikemukan.. James ini sebenarnya seorang yang berfikiran terbuka dan mudah bergaul.. seorang yang berbangsa cina yang mempunyai banyak pandangan positif dan sifatnya memang begitu.. suka bertanya tentang pendapat orang lain dan dia bijak juga mengatur kata-kata.

Isu gincu dan tumit tinggi ini saya gagal memberikan pendapat saya pada malam itu... cuma rakan saya .. Muniruddin bijak membahaskan... perbincangan dan perbualan yang mengambil masa lebih dari 2 jam itu berakhir setelah kedai makan menutup waktu operasinya. Sekiranya anda berada disituasi saya ketika itu... apa hujah anda?

Monday, July 14, 2008

Memulakan Langkah Baru


Masih teringat saya semasa perhimpunan sekolah waktu ditingkatan 4 suatu masa dahulu, guru bertugas menyampai satu penyampaian tentang nilai-nilai murni. Antara nilai yang patut manusia teramat miliki ialah 'mengaku kesalahan diri sendiri'.

Mungkin hari ini saya boleh menjawab sendiri dan diri sendiri yang tahu apakah hikmah yang telah terjadi pada diri saya hari ini adalah kesilapan saya sendiri. Saya mengaku atas keadaan diri saya hari ini adalah terjadi kerana kesilapan yang telah dilakukan pada masa lepas. MENGAKU kesilapan dan berfikir atas dasar apa, kenapa dan bagaimana untuk saya ubah agar kesilapan ini tidak terjadi sekali lagi. Kesilapan pertama mungkin boleh dikatakan sebagai pengalaman pembelajaran tetapi sekiranya kesilapan yang sama dilakukan kali ke-2 mungkin perkataan BODOH boleh digunapakai.

Banyak yang saya telah lakukan kesilapan dan kadang-kadang ada jugak mengatakan bukan silap 'aku' tetapi semua itu tak berubah jika diri sendiri tidak dapat berfikir apa dan siapa yang silap. Saya mahu mengubah diri saya sendiri sebelum saya mampu untuk mengatakan kesalahan itu dari kesilapan orang lain. Sebenarnya bila saya mahu menulis topik ini saya sendiri telah berasa lega, aman dan dapat berfikir lebih jauh untuk mencari idea baru setelah saya sendiri mengatakan kesilapan itu datang dari diri sendiri. Amat jauh berbeza bila diri telah sedar.. dan saya ingin memulakan langkah baru jika ini semua membuatkan saya sedar.

Mungkin ada tertanya-tanya apakah kesilapan yang telah saya lakukan, yang saya maksudkan dalam isu ini dan agak sukar saya ingin nyatakan disini tetapi kepada kenalan dan rakan yang rapat mungkin sedar apa yang telah terjadi pada diri saya. Terima kasih kepada kenalan yang sekali sekala menegur saya walaupun secara tidak langsung dan memang saya telah rasai sekarang kesilapan ini. Tiada siapa yang mampu ubah diri kita kecuali kita mengubahnya sendiri dan tiada siapa yang memilih untuk tidak berjaya kecuali kita sendiri gagal berusaha mencapai apa yang kita ingin jayakan.

Thursday, June 12, 2008

Kawan-Kawan

Semalam baru saya berjumpa kawan-kawan lama yang dahulunya sama-sama belajar diIPta dan sekolah rendah sama.. banyak yang diborakkan dan masing-masing mengukit kisah lama. SERONOK... itu lah gambaran yg saya boleh berikan.

Seorang kawan lama saya ini yang saya telah kenali lebih dari 15 tahun memang kelakar dan begitu baik orangnya. Bertuah memliki seorang rakan sebegini. Masa remaja dulu beliau dikenali sebagai seorang ROmeo hebat tetapi romeo ini hanya tinggal kenangan kerana beliau menamatkan alam bujang pada usia 24 tahun dan kini telahpun mempunyai 2 cahaya mata. Saya rasa turut sedih apabila dibuat perbandingan kerana maseh belum berkeluarga.

Kawan sebegini memang dicari dan hampir setiap hari saya mempunyai kawan baru, baik dari perkenalan dunia maya ataupun real.. Kawan....

Wednesday, June 11, 2008

Demam Bola


EURO 2008 memang dinanti bagi peminat bola sepak.. saya juga tidak berkecuali.. EURO 2008 kali ini yang diadakan di Austria dan Switzerland telah pun membuka tirai dan rata-rata perlawanan berlangsung pada pukul 12 tengahmalam dan 2.30 pagi. Pakat-pakat la kiter berjaga kalau dah memang kaki bola tu.

Pasukan negara manakah menjadi pilihan anda dan negara mana pula kali ini akan menjuarai piala EURO 2008 ini?

Saturday, May 24, 2008

Mahluk Tuhan Paling Seksi



Itulah antara tajuk lagu yang popular sekarang, apa kaitannya? saya ingin membicarakan tentang wanita yang cantek dan lelaki yang takut.

Siapa tidak mahu bersama atau memiliki wanita yang cantek di pandang, dicemburi ramai dan yang menjadi tumpuan. Saya ingin memceritakan sedikit pengalaman dan pandangan saya mengenai situasi @ cerita ini. Saya dulu dan sekarang bukanlah jejaka idaman atau jejaka diketegorikan hensem.. (tak hensem pun). Tetapi pengalaman saya mengajar saya satu teknik matematik iaitu kebarangkalian.. ramai yang tertanya-tanya apakah dia, sebenarnya saya diberikan idea oleh rakan baik supaya jangan malu atau lebih tepat lagi, jangan mengalah dan terus mencuba.

Teknik ini mestilah dimulakan dengan niat yang betul, anda harus mencuba seberani mungkin terhadap tindakan anda untuk memiliki wanita jelita idaman. Mungkin percubaan pertama anda gagal, tetapi harus anda ingat anda telah memulakan langkah yang pertama.. jadi teruskan dan jadikan kegagalan pertama sebagai pengalaman yang berguna untuk digunakan senjata bagi percubaan yang ke-2. Bayangkan dalam 10 kali percubaan terhadap mana2 awek jelita ini agak mustahil sekiranya anda tidak berjaya menawan hati wanita walaupun seorang. Jadi diri sendiri dan pengalaman saya sendiri mengajar bahawa perempuan2 cantek ini tidak suka lelaki yang ego kerana saban hari mereka telah menemui ramai lelaki yang mahu mendampingi mereka dengan menunjukan ego dan kebolehan masing2... Juz Be Urself dan belajar dari pengalaman yang lepas mengenai wanita. Ramai wanita yang inginkan lelaki jujur dan mempunyai masa depan bukan lelaki yang penuh keegoan mahupun lelaki yang takut mencuba. Lelaki yang takut mencuba bagi saya lelaki yang merugikan nikmat dunia kerana takut dengan bayang-bayang sendiri. Anda tidak rugi apa-apa sekirangnya seorang wanita menolak pelawaan atau tidak sukakan anda... sebenarnya pengalaman anda itu telah mendekatkan lagi peluang anda untuk memiliki wanita.

Kita akan cukup jelous jika lihat seorang lelaki bersama wanita yang begitu cantek dan meletakkan persepsi sendiri dengan mengatakan "boleh la.. mamat tu kaya" , "mamat tu hensem, sepadan dengan minah tu" atau sebagainya dan jarangkali yang bertanya... bagaimana mamat terbabit berjaya menawan wanita cantek tersebut. Mencuba anda tidak akan rugi apa2.

Pengalaman saya cukup mengajar saya... hari ini tidak berjaya esok masih ada dan aku telah satu langkah kehadapan, apa yang telah terjadi saya jadikan pengajaran dan pembelajaran untuk bekal digunakan esok. Wanita cantek memang ko menarik, tertarik kau memang debomm.

p/s: Bersama wanita cantek kena banyak sabar dan bijak.. anda harus ingat sekiranya hari ini mungkin anda tertarik dan mungkin esok orang lain juga akan tertarik lalu mencuba sama..

Wednesday, May 21, 2008

Antara Kuman Dan Gajah


Saya melihat isu ini relevan untuk diketengahkan bagi membuahkan pemikiran saya dan pembaca lain samada ia wajar atau tidak untuk kita renungkan bersama. Tajuk antara kuman dan gajah ini berkaitan dengan pepatah iaitu "kuman di seberang laut kita nampak tapi gajah didepan mata tidak kelihatan".
Apakah kaitan dengan pepatah ini dengan isu semasa? sebenarnya saya amat kecewa dengan kegagalan skuad badmintan negara gagal untuk memasuki pusingan akhir piala Thomas yang berlangsung di Jakarta pada minggu lepas. Skuad negara gagal setelah kalah tipis kepada China dengan mata 2-3. Tetapi raya berasa begitu bangga kerana jika dilihat dari pretasi pasukan lain yang bertanding sememangnya malaysia adalah tandingan China kerana berbanding 2 lagi pasukan yang memasuki separuh akhir iaitu Indonesia (host) dan Korea Selatan, negara kita hanya kalah 2-3 kepada China manakala pada peringkat akhir China telah menewaskan Korea Selatan dengan 3-1, manakala pada peringkat separuh akhir antara Korea Selatan menentang Indonesia, Korea menang 3-1.
Apa yang saya ingin bangkitkan disini adalah persoalan sikap atau budaya rakyat kita yang hanya tahu menunding jari, mengutuk atau memburuk-burukan pemain atau lebih tepat lagi mengaitkan kekalahan ini hanya kepada seorang pemain iaitu Hafiz Hashim, pemain perseorangan ke-3 negara yang telah tewas kepada Chen Jin (12-21, 16-21). Saya bukanlah peminat Hafiz Hashim mahupun mempunyai pertalian darah dengan beliau tetapi saya terpanggil membangkitkan isu ini setelah hampir 2 hari mendengar kutukan, rungutan, sumpahan dan kata-kata kesat yang hanya dilemparkan kepada Hafiz. Saya sudah lama melihat budaya masyarakat kita yang masih tidak ubah, apa yang saya maksudkan kenapa kutukan sedemikan rupa hanya dilemparkan kepada Hafiz sedangkan 2 lagi mata kekalahan dilakukan juga oleh pasangan regu no1 malaysia ( Koo kien Kiat - Tan Boon Heong) dan perseorangan ke-2 negara ( Wong Choong Hann)?
Rata-rata yang memberikan komen atau kutukkan hanya negatif yang dilemparkan kepada Hafiz. " lembik la mamat tu, lepas dah kawen out la mamat tu, memang tak boleh main dah Hafiz, memalukan melayu betul" itulah kata-kata yang saya dengar dilabelkan kepada Hafiz. Kenapa hanya kutukan yang saya dengar, tidak ada satu pun saya dengar pasal positif terhadap perkembangan sukan badminton negara? Sebenarnya sudah menjadi budaya masyarakat yang tahu hanya mengutuk tetapi tidak tahu menilai, hanya tahu membahas tapi tiada tindakan. Jika di lihat dan ditanya pada setiap peminat badminton negara atau sebagai rakyat Malaysia sendiri, apakah sumbangan yang mereka berikan kepada skuad negara biarpun bukan dengan wang ringgit tapi berapa ramaikah yang memberikan sumbangan moral terhadap mereka? Berapa ramaikah rakyat malaysia yang mengibarkan bendera malaysia untuk menunjukan sokongan mahupun sekiranya piala Thomas berlangsung di negara kita sendiri? Kita perlu tanya diri kita sendiri adakah dengan hanya memberikan kutukan dapat membaiki mutu prestasi skuad negara ataupun kita boleh memberikan sedikit sokongan dengan menunjukan semangat cintakan negara kita.
Bukan hanya dalam sukan badmintan sahaja budaya ini telah melular, sukan utama negara (bola sepak) juga tidak berkecuali mengalami fenomena ini. Setiap kali kekalahan melanda terlalu banyak kutukan dan komen negatif diberikan, yang memberikan komen pula bukanlah orang yang tersohor dalam bidang sukan terbabit tetapi hanya individu biasa sahaja. Apa kata kita cuba mengubah budaya kita menjadi positif, tetap memberikan sokongan yang kita mampu dari segi apa yang kita berkebolehan, sekiranya saya hanya seorang pemain waktu petang wajarlah saya memberikan sokongan dari segi moral dan semangat patrotik ditunjukan dan sekiranya anda seorang atlit yang telahpun profesional dan memilih bidang sukan ini, wajarlah anda berusaha bersungguh-sungguh mengharumkan nama negara.... tetapi sekirangya anda hanya masyarakat biasa apakah sumbangan anda terhadap negara kita sendiri? hanya sekadar pandai berkata-kata tanpa diri sendiri tidak mampu membuktikan apa-apa?
Walau seburuk mana pun prestasi sukan sesuatu bidang itu menunjukan keputusan tidak bagus saya berpendapat kita seharusnya bersikap positif dan tetap memberikan sokongan dan saya pecaya sekiranya semua masyarakat Malaysia membudayakan lebih banyak semangat patrotik dari semangat berkata dikedai kopi tidak mustahil Malaysia suatu hari nanti boleh membawa lebih banyak pingat emas dari Olimpik dan boleh mendengar nama pemain bermain di EPL atau liga profesional eropah lain tanpa perlu lagi kita atau masyarakat/peserta menyertai peraduan untuk bersama bintang bagi mendapatkan autograf atau terbang ke Manchester dan hanya membawa gambar bersama atlit bintang luar ketika pulang?

p/s: Saya tidak pandai bermain bola sepak, tetapi saya ada memiliki jersi pasukan bola sepak kebangsaan dan menggunakan ia sekiranya ada perlawanan yang saya akan tonton melibatkan pasukan negara. Anda bagaimana? Adakah jersi Chelsea @ Manchester United @ Liverpool dimiliki untuk sekadar membayangi anda seperti sehebat mereka dan adakah orang England akan memakai jersi Kedah, Kelantan mahupun Selangor suatu hari nanti?

Thursday, May 8, 2008

"DiMana Tuhan Kamu"?


Memang betul-betul soalan itu mencabar saya.
" Wan, I like to ask u question la... since U dulu sekolah agama before masuk sini, boleh tak?' Itulah kata-kata permulaan kawan baru yang dikenali ketika memasuki tingkatan 4 disekolah baru. Terpinga-pinga sementara kerana itulah kali ke-2 saya bercakap dengannya, terus mahu diajukan soalan. " What ur Question? kalau susah I takleh jawab". " Dun worry... very easy 1 .. U muslim sure can answer" katanya lagi... aduss. Ini macam nak test aku aje, baik aku jawab, mana tahu boleh tunjuk pandai.. itulah yang mula bermain dalam fikiran saya dan ketika itu saya hanya berumur 16 tahun. "ok.. U ask la, I try to answer".

"where 's ur God?" ... itulah soalan yang diajukan kepada saya. 'alamak, macamana aku nak jawab.. dulu sekolah agama arab kat kelantan pun result PMR bahasa arab aku dapat E, aduss' saya terus senyap tanpa sebarang jawapan segera. " i jawab tomorow can aah?" . Kawanku baru tadi terus tersenyum dan berkata 'ok'.

Saya terus berfikir dan berfikir bagaimana hendak menjawab soalan tersebut, lalu idea muncul untuk bertanya kepada ustazah disekolah setelah tamat waktu persekolahan nanti. 'aku mesti jawab'.... Tamat waktu sesi persekolahan pada hari itu aku terus menuju ke Bilik Guru, mencari Ustazah agar jawapan yang saya cari dapat diberikan olehnya. Jawapan yang diberikan oleh Ustazah ketika itu tidak cukup memberikan kepuasan kepada dia saya. 'Kenapa ustazah ni.. orang suruh jawab soalan diberikan soalan lain pula, kalau sekolah aku dulu mesti siap Ustaz bagi dalil dan contoh-contoh lagi... ni mesti sebab ustazah sini tak power, maklumlah Sekolah Menengah biasa jea'.... ayat itu bermain difikiran ku..

Pada keesokan harinya, jadual kelas amat padat dan saya mempunyai peluang agar tidak lagi menjawab soalan itu. Saya berasa selamat dan tenteram kerana tiada masa lagi untuk bersembang bersama-sama rakan baru. Tetapi pada hari ketiga setelah soalan itu diajukan saya, saya tidak selamat lagi. Banyak masa untuk bersama-sama rakan berbual. 'Aku mati akal'

"Wan, U dah ada jawapan ker? Kitaorang semua nak dengar jawapan dari U"... 'itu dia, soalan itu kembali kepada aku, macamana aku nak jawab'.... sekumpulan pelajar terus memandang tepat kepada saya menantikan jawapan. 'ah... baik aku kasi jawapan macam ustazah bagitau, at least ada jugak jawapan' idea itu muncul dikepala.

"Macam ni la I jawab, jawapan I ini berkaitan dengan soalan lain jugak. Kalau U boleh jawab soalan I.. ianya jawapan kenapa soalan u sendiri" ayat sebegitu muncul dari mulut saya. "ok.. What ur Question, I sure boleh jawab" kata kawan baruku itu dengan megah. Saya terus mengajukan soalan kepadanya ; " Dimana nyawa kamu, dileher kah? dikepala kah? didada kah?". Tanpa saya sangka soalan itu terus membuatkan semua orang memandang terus kearah kawan baru saya itu. 'now, dia pulak jadi target' hati saya cukup gembira.. Sepanjang 30 minit tanpa guru didalam kelas, kawan baruku itu langsung tidak dapat menjawab. Kesempatan untuk aku berkata " kita tahu kita ada nyawa, tapi seorang pun tidak tahu @ nampak dimana nyawa kita". Kumpulan rakan-rakan saya semua terdiam dan menunjukan respond pelbagai tanpa reaksi jelas.

Sehingga hari ini, saya masih berbangga dengan jawapan terbabit dan dengan hanya satu soalan, saya dihormati sedangkan pada waktu itu terdapat 38 pelajar didalam kelas dan hanya 2 orang pelajar sahaja yang beragama islam (termasuk saya) dan ianya bertambah manis apabila selama 2 tahun saya didalam kelas dan sekolah yang sama disitu, pergaulan dan sikap hormat menghormati rakan-rakan saya yang bukan muslim dapat menerima saya dan cara saya.

P/S : Kita rakyat malaysia, saling hormat menghormati dan mengetahui adat & agama masing-masing. Isu sensetif janganlah ditimbulkan kerana 'rambut sama hitam, siapa tahu hati masing-masing'.

Tuesday, May 6, 2008

Mahathir vs The Malay Rulers


"it was the rakyat who had protested against the Malayan Union after Second World War; its was the rakyat wanted the democratic system that would enable them to choose their own leaders. Its was always the people who had fought for their destiny" ... Tun Dr. Mahathir Mohamad

Its is no understatement that the world needs leaders. Across the board in every field, industry and organization, any recipe that is to be cooked up successfully needs that particular someone to show the way and steer the ship in the right direction.

Sunday, May 4, 2008

Saya Banyak Hutang


Saya memang banyak hutang. Bagaimana dengan diri kamu? Mungkinkah saya dan keturunan saya akan terus mempunyai hutang? Biarlah saya jelaskan kenapa saya ketengahkan isu ini, saya ketika berumur 17 tahun mempunyai masalah dengan bapa, hanya kerana sebab ayah tidak berapa setuju untuk saya memasuki institiut pengajian tinggi dengan alasan tidak mempunyai wang untuk urusan semasa pengajian saya. Namun masalah itu selesai selepas mendengar dan mengetahui berita tentang pinjaman disediakan untuk melanjutkan pelajaran, dari situ saya kenal PTPTN.
Bermulalah episod saya mempunyai hutang, perjanjian di tandatangani dan kos perbelanjaan pengajian tiada isu lagi. Setelah 4 tahun dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah, saya bangga dan bebas untuk memulakan tanggungjawab terhadap diri & keluarga sendiri. Namun setelah hampir 5 tahun berkerja saya mula terpanggil untuk lebih mengenali hutang diri saya. Bayangkan, sekarang saya mempunyai begitu banyak hutang dan begitu banyak kehendak untuk dipenuhi. Hutang dan Saya.

sedikit saya review hutang saya:
1- PTPTN RM 28,000.00 (tidak termasuk caj perkhidmatan)
2- Kereta RM 50, 000.00 ( tidak termasuk interest ** % setahun)
3- Rumah RM 120,00.00 (tidak termasuk interest ** % setahun)

Dengan umur belum mencapai 30 tahun saya sudah mempunyai hutang melebihi RM 300, 000.00. Dan segala hutang ini saya perlu membuat pembayaran secara bulanan kepada pemuitang. Bagaimana situasi saya. Sekiranya pemilihan kerjaya yang saya lakukan ketika tamat belajar dulu dengan berkerja dengan majikan yang rata-ratanya menawarkan gaji pendapatan bulanan RM 1800.00 sebulan, mampukah saya melangsaikan hutang saya itu?
Sedar atau tidak mungkin ramai yang senasib dengan saya, kerana hutang yang saya paparkan itu hanyalah hutang keperluan masa kini. Anda sendiri boleh mengira hutang anda, tepuk dada tanya selera. Soalan yang bermain difikiran saya, salah siapa hutang saya sebegini.
Saya lahir dari keluarga sederhana, ayah tidak mampu memberikan pengajian tinggi kepada saya tanpa saya membuat pinjaman, saya tidak mampu membeli kenderaan dan rumah tanpa hutang dari pihak bank, membuatkan inilah keputusan hutang saya hari ini (tidak termasuk hutang budi, kewangan dan emosi dari rakan). Saya terpikir adakah saya dan bakal keturunan saya akan meneruskan wasiat hutang ini, kerana putaran ini akan juga berlaku kepada anak-anak saya?
Saya cuba mencari pilihan apa yang saya ada? Mahukah saya salahkan faktor ayah saya yang miskin dahulu, faktor dasar kerajaan yang menjadikan saya sebegini, faktor nasib malang sendiri atau saya sendiri yang membuatkan diri berhutang? BAGAIMANA DENGAN ANDA?

Saya dan Blog


Selama ini saya hanyalah seorang pencari dan pembaca blog-blog yang menarik, tetapi setelah membaca blog bekas perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad di chedet.com rasanya terpanggil pula untuk turut serta mempunyai blog sendiri bagi memberikan pandangan peribadi saya terhadap isu-isu umum dan menerima maklum balas dari pembaca lain secara tak langsung juga mungkin cara penulisan saya boleh diperluaskan lagi. Blog ini pada dasarnya saya ingin meluahkan pandangan saya dari segala segi (umum) semasa, sejarah dan jangkaan pada masa hadapan terhadap apa jua yang saya fikirkan untuk ditulis dan dikongsi bersama. Saya berharap pembaca-pembaca yang membaca penulisan idea pandangan saya ini dapat memberikan maklum balas supaya idea yang saya ketengahkan sedikit sebanyak mampu memainkan peranan secara tidak langsung terhadap diri saya. Saya ucapkan selamat datang dan marilah bersama-sama berkongsi idea agar blog ini mempunyai intipati yang berguna. Terima kaseh.