Wednesday, May 21, 2008

Antara Kuman Dan Gajah


Saya melihat isu ini relevan untuk diketengahkan bagi membuahkan pemikiran saya dan pembaca lain samada ia wajar atau tidak untuk kita renungkan bersama. Tajuk antara kuman dan gajah ini berkaitan dengan pepatah iaitu "kuman di seberang laut kita nampak tapi gajah didepan mata tidak kelihatan".
Apakah kaitan dengan pepatah ini dengan isu semasa? sebenarnya saya amat kecewa dengan kegagalan skuad badmintan negara gagal untuk memasuki pusingan akhir piala Thomas yang berlangsung di Jakarta pada minggu lepas. Skuad negara gagal setelah kalah tipis kepada China dengan mata 2-3. Tetapi raya berasa begitu bangga kerana jika dilihat dari pretasi pasukan lain yang bertanding sememangnya malaysia adalah tandingan China kerana berbanding 2 lagi pasukan yang memasuki separuh akhir iaitu Indonesia (host) dan Korea Selatan, negara kita hanya kalah 2-3 kepada China manakala pada peringkat akhir China telah menewaskan Korea Selatan dengan 3-1, manakala pada peringkat separuh akhir antara Korea Selatan menentang Indonesia, Korea menang 3-1.
Apa yang saya ingin bangkitkan disini adalah persoalan sikap atau budaya rakyat kita yang hanya tahu menunding jari, mengutuk atau memburuk-burukan pemain atau lebih tepat lagi mengaitkan kekalahan ini hanya kepada seorang pemain iaitu Hafiz Hashim, pemain perseorangan ke-3 negara yang telah tewas kepada Chen Jin (12-21, 16-21). Saya bukanlah peminat Hafiz Hashim mahupun mempunyai pertalian darah dengan beliau tetapi saya terpanggil membangkitkan isu ini setelah hampir 2 hari mendengar kutukan, rungutan, sumpahan dan kata-kata kesat yang hanya dilemparkan kepada Hafiz. Saya sudah lama melihat budaya masyarakat kita yang masih tidak ubah, apa yang saya maksudkan kenapa kutukan sedemikan rupa hanya dilemparkan kepada Hafiz sedangkan 2 lagi mata kekalahan dilakukan juga oleh pasangan regu no1 malaysia ( Koo kien Kiat - Tan Boon Heong) dan perseorangan ke-2 negara ( Wong Choong Hann)?
Rata-rata yang memberikan komen atau kutukkan hanya negatif yang dilemparkan kepada Hafiz. " lembik la mamat tu, lepas dah kawen out la mamat tu, memang tak boleh main dah Hafiz, memalukan melayu betul" itulah kata-kata yang saya dengar dilabelkan kepada Hafiz. Kenapa hanya kutukan yang saya dengar, tidak ada satu pun saya dengar pasal positif terhadap perkembangan sukan badminton negara? Sebenarnya sudah menjadi budaya masyarakat yang tahu hanya mengutuk tetapi tidak tahu menilai, hanya tahu membahas tapi tiada tindakan. Jika di lihat dan ditanya pada setiap peminat badminton negara atau sebagai rakyat Malaysia sendiri, apakah sumbangan yang mereka berikan kepada skuad negara biarpun bukan dengan wang ringgit tapi berapa ramaikah yang memberikan sumbangan moral terhadap mereka? Berapa ramaikah rakyat malaysia yang mengibarkan bendera malaysia untuk menunjukan sokongan mahupun sekiranya piala Thomas berlangsung di negara kita sendiri? Kita perlu tanya diri kita sendiri adakah dengan hanya memberikan kutukan dapat membaiki mutu prestasi skuad negara ataupun kita boleh memberikan sedikit sokongan dengan menunjukan semangat cintakan negara kita.
Bukan hanya dalam sukan badmintan sahaja budaya ini telah melular, sukan utama negara (bola sepak) juga tidak berkecuali mengalami fenomena ini. Setiap kali kekalahan melanda terlalu banyak kutukan dan komen negatif diberikan, yang memberikan komen pula bukanlah orang yang tersohor dalam bidang sukan terbabit tetapi hanya individu biasa sahaja. Apa kata kita cuba mengubah budaya kita menjadi positif, tetap memberikan sokongan yang kita mampu dari segi apa yang kita berkebolehan, sekiranya saya hanya seorang pemain waktu petang wajarlah saya memberikan sokongan dari segi moral dan semangat patrotik ditunjukan dan sekiranya anda seorang atlit yang telahpun profesional dan memilih bidang sukan ini, wajarlah anda berusaha bersungguh-sungguh mengharumkan nama negara.... tetapi sekirangya anda hanya masyarakat biasa apakah sumbangan anda terhadap negara kita sendiri? hanya sekadar pandai berkata-kata tanpa diri sendiri tidak mampu membuktikan apa-apa?
Walau seburuk mana pun prestasi sukan sesuatu bidang itu menunjukan keputusan tidak bagus saya berpendapat kita seharusnya bersikap positif dan tetap memberikan sokongan dan saya pecaya sekiranya semua masyarakat Malaysia membudayakan lebih banyak semangat patrotik dari semangat berkata dikedai kopi tidak mustahil Malaysia suatu hari nanti boleh membawa lebih banyak pingat emas dari Olimpik dan boleh mendengar nama pemain bermain di EPL atau liga profesional eropah lain tanpa perlu lagi kita atau masyarakat/peserta menyertai peraduan untuk bersama bintang bagi mendapatkan autograf atau terbang ke Manchester dan hanya membawa gambar bersama atlit bintang luar ketika pulang?

p/s: Saya tidak pandai bermain bola sepak, tetapi saya ada memiliki jersi pasukan bola sepak kebangsaan dan menggunakan ia sekiranya ada perlawanan yang saya akan tonton melibatkan pasukan negara. Anda bagaimana? Adakah jersi Chelsea @ Manchester United @ Liverpool dimiliki untuk sekadar membayangi anda seperti sehebat mereka dan adakah orang England akan memakai jersi Kedah, Kelantan mahupun Selangor suatu hari nanti?

No comments: