Sunday, May 4, 2008

Saya Banyak Hutang


Saya memang banyak hutang. Bagaimana dengan diri kamu? Mungkinkah saya dan keturunan saya akan terus mempunyai hutang? Biarlah saya jelaskan kenapa saya ketengahkan isu ini, saya ketika berumur 17 tahun mempunyai masalah dengan bapa, hanya kerana sebab ayah tidak berapa setuju untuk saya memasuki institiut pengajian tinggi dengan alasan tidak mempunyai wang untuk urusan semasa pengajian saya. Namun masalah itu selesai selepas mendengar dan mengetahui berita tentang pinjaman disediakan untuk melanjutkan pelajaran, dari situ saya kenal PTPTN.
Bermulalah episod saya mempunyai hutang, perjanjian di tandatangani dan kos perbelanjaan pengajian tiada isu lagi. Setelah 4 tahun dan berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah, saya bangga dan bebas untuk memulakan tanggungjawab terhadap diri & keluarga sendiri. Namun setelah hampir 5 tahun berkerja saya mula terpanggil untuk lebih mengenali hutang diri saya. Bayangkan, sekarang saya mempunyai begitu banyak hutang dan begitu banyak kehendak untuk dipenuhi. Hutang dan Saya.

sedikit saya review hutang saya:
1- PTPTN RM 28,000.00 (tidak termasuk caj perkhidmatan)
2- Kereta RM 50, 000.00 ( tidak termasuk interest ** % setahun)
3- Rumah RM 120,00.00 (tidak termasuk interest ** % setahun)

Dengan umur belum mencapai 30 tahun saya sudah mempunyai hutang melebihi RM 300, 000.00. Dan segala hutang ini saya perlu membuat pembayaran secara bulanan kepada pemuitang. Bagaimana situasi saya. Sekiranya pemilihan kerjaya yang saya lakukan ketika tamat belajar dulu dengan berkerja dengan majikan yang rata-ratanya menawarkan gaji pendapatan bulanan RM 1800.00 sebulan, mampukah saya melangsaikan hutang saya itu?
Sedar atau tidak mungkin ramai yang senasib dengan saya, kerana hutang yang saya paparkan itu hanyalah hutang keperluan masa kini. Anda sendiri boleh mengira hutang anda, tepuk dada tanya selera. Soalan yang bermain difikiran saya, salah siapa hutang saya sebegini.
Saya lahir dari keluarga sederhana, ayah tidak mampu memberikan pengajian tinggi kepada saya tanpa saya membuat pinjaman, saya tidak mampu membeli kenderaan dan rumah tanpa hutang dari pihak bank, membuatkan inilah keputusan hutang saya hari ini (tidak termasuk hutang budi, kewangan dan emosi dari rakan). Saya terpikir adakah saya dan bakal keturunan saya akan meneruskan wasiat hutang ini, kerana putaran ini akan juga berlaku kepada anak-anak saya?
Saya cuba mencari pilihan apa yang saya ada? Mahukah saya salahkan faktor ayah saya yang miskin dahulu, faktor dasar kerajaan yang menjadikan saya sebegini, faktor nasib malang sendiri atau saya sendiri yang membuatkan diri berhutang? BAGAIMANA DENGAN ANDA?

2 comments:

Anonymous said...

klu gaji bnyk..x kisah la...

Unknown said...

aku pun byk hutang maaa....