Masih teringat saya semasa perhimpunan sekolah waktu ditingkatan 4 suatu masa dahulu, guru bertugas menyampai satu penyampaian tentang nilai-nilai murni. Antara nilai yang patut manusia teramat miliki ialah 'mengaku kesalahan diri sendiri'.
Mungkin hari ini saya boleh menjawab sendiri dan diri sendiri yang tahu apakah hikmah yang telah terjadi pada diri saya hari ini adalah kesilapan saya sendiri. Saya mengaku atas keadaan diri saya hari ini adalah terjadi kerana kesilapan yang telah dilakukan pada masa lepas. MENGAKU kesilapan dan berfikir atas dasar apa, kenapa dan bagaimana untuk saya ubah agar kesilapan ini tidak terjadi sekali lagi. Kesilapan pertama mungkin boleh dikatakan sebagai pengalaman pembelajaran tetapi sekiranya kesilapan yang sama dilakukan kali ke-2 mungkin perkataan BODOH boleh digunapakai.
Banyak yang saya telah lakukan kesilapan dan kadang-kadang ada jugak mengatakan bukan silap 'aku' tetapi semua itu tak berubah jika diri sendiri tidak dapat berfikir apa dan siapa yang silap. Saya mahu mengubah diri saya sendiri sebelum saya mampu untuk mengatakan kesalahan itu dari kesilapan orang lain. Sebenarnya bila saya mahu menulis topik ini saya sendiri telah berasa lega, aman dan dapat berfikir lebih jauh untuk mencari idea baru setelah saya sendiri mengatakan kesilapan itu datang dari diri sendiri. Amat jauh berbeza bila diri telah sedar.. dan saya ingin memulakan langkah baru jika ini semua membuatkan saya sedar.
Mungkin ada tertanya-tanya apakah kesilapan yang telah saya lakukan, yang saya maksudkan dalam isu ini dan agak sukar saya ingin nyatakan disini tetapi kepada kenalan dan rakan yang rapat mungkin sedar apa yang telah terjadi pada diri saya. Terima kasih kepada kenalan yang sekali sekala menegur saya walaupun secara tidak langsung dan memang saya telah rasai sekarang kesilapan ini. Tiada siapa yang mampu ubah diri kita kecuali kita mengubahnya sendiri dan tiada siapa yang memilih untuk tidak berjaya kecuali kita sendiri gagal berusaha mencapai apa yang kita ingin jayakan.
No comments:
Post a Comment