Malaysia-0 Chealsea-2 itulah keputusan perlawanan antara Malaysia dengan kelab handalan dunia Chealsea. Sebagai rakyat Malaysia saya juga teruja dengan perlawanan ini, tetapi atas sebab tertentu hanya dapat menyaksikannya di dalam internet dan tidak mampu berkunjung ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Kegairahan untuk melihat perlawanan ini secara langsung sehinggakan hampir semua channel sukan Astro di tukar 2-3 saat sekali pada waktu perlawanan ditetapkan dan harapan luntur kerana tiada siaran televisyen percuma atau berbayar menyiarkan secara langsung. AKU KECEWA.
Saya cuba mencari alternatif lain untuk melihat juga perlawanan terbabit dan memilih internet sebagai pengantaranya. Dengan melayari website www.justin.tv akhirnya dapat juga melihat perlawanan terbabit secara langsung meskipun gambar yang dipaparkan tersekat-sekat sedikit. Apa yang paling menarik lagi di sebelah ruangan melihat siaran terbabit terdapat ruangan sembang turut disediakan, saya makin teruja.
Cerita yang membuatkan saya makin teruja adalah gelagat sembang para chatters di dalam ruangan sembang terbabit. Pada mulanya sembang-sembang ringan terhadap sokongan
Terdapat seorang chatter telah mengeluarkan isu politik semasa negara dan secara tidak langung ianya mengubah situasi topik perbualan tentang bola sepak terhadap isu negara kita. Apa yang tidak elok lagi ianya bertukar kepada pertelingkahan berunsurkan perkauman dan keagamaan. Saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan dan terasa terhina dengan beberapa ayat yang dikeluarkan sekaligus menunjukkan ramai lagi rakyat malaysia tidak menyedari isu sensetif ataupun sifat menghormati agama dan kaum lain. Terdapat seorang chatter telah mengeluarkan kenyataan terhadap Allah S.W.T tanpa sedikitpun berasa bersalah meskipu
Beberapa pekara yang saya rasa atas pemikiran saya adalah kewajaran isu ini timbul adalah sebab kita sendiri : MUNGKIN. Ini adalah beberapa pendapat saya kenapa ini berlaku antara sebab dan kesan :
1) Chatter terbabit melihat kaum melayu yang menganuti agama islam ini sebagai Malas dan golongan kelas bawahan atas sebab?
2) Chatter terbabit turut melihat Chatter lain bertelingkah mengenai politik antara orang melayu sendiri sedangkan sepatutnya bualan topik bola sepak tetapi menjadi medan politik dan kutuk mengutuk sesama melayu.
3) Lebih ramai chatters rakyat malaysia sendiri yang berbahasa melayu bersembang menyokong pasukan Chealsea dari negara sendiri sekaligus melihatkan kemana sifat patrotik?
Walaupun ruangan sembang ini mungkin bagi sesetengah pihak mengambil pandang mudah pekara sebegini tetapi pemikiran saya sebaliknya. Antara ayat yang dikeluarkan oleh Chatter ini sebenarnya ada kebenaran. Lihat saja point yang diberikan oleh chatter terbabit, mengapa beliau mengeluarkan kenyataan beliau, mengapa beliau menglabelkan orang Islam @ melayu sebegitu?
Perkataan MALAS yang dilemparkan tadi mungkin ada benarnya apabila saya kaitkan pula dengan isu mengapa pekerja warga asing perpusu-pusu datang ke Malaysia untuk mencari rezeki, gejala sosial orang melayu sendiri, perpaduan orang melayu sendiri atau perpaduan orang yang dianggap saudara sesama islam sendiri tidak bersatu? Mungkin itu adalah apa yang beliau nampak mengenai orang islam melayu Malaysia. Isu dalam ruangan sembang itu sudahpun berlalu tetapi adakah label itu akan terus kekal terhadap diri bangsa dan agama saya sendiri?
1 comment:
Assalamualaikum,
Hamidi, akak dapat tahu, blog Hamidi dari blog Mazidul. Memang akak sokong pendapat Hamidi tu. Akak orang johor tapi sejak lepas SPM terus menetap di KL.Apa khabar orang johor ya?
Post a Comment