Thursday, May 8, 2008

"DiMana Tuhan Kamu"?


Memang betul-betul soalan itu mencabar saya.
" Wan, I like to ask u question la... since U dulu sekolah agama before masuk sini, boleh tak?' Itulah kata-kata permulaan kawan baru yang dikenali ketika memasuki tingkatan 4 disekolah baru. Terpinga-pinga sementara kerana itulah kali ke-2 saya bercakap dengannya, terus mahu diajukan soalan. " What ur Question? kalau susah I takleh jawab". " Dun worry... very easy 1 .. U muslim sure can answer" katanya lagi... aduss. Ini macam nak test aku aje, baik aku jawab, mana tahu boleh tunjuk pandai.. itulah yang mula bermain dalam fikiran saya dan ketika itu saya hanya berumur 16 tahun. "ok.. U ask la, I try to answer".

"where 's ur God?" ... itulah soalan yang diajukan kepada saya. 'alamak, macamana aku nak jawab.. dulu sekolah agama arab kat kelantan pun result PMR bahasa arab aku dapat E, aduss' saya terus senyap tanpa sebarang jawapan segera. " i jawab tomorow can aah?" . Kawanku baru tadi terus tersenyum dan berkata 'ok'.

Saya terus berfikir dan berfikir bagaimana hendak menjawab soalan tersebut, lalu idea muncul untuk bertanya kepada ustazah disekolah setelah tamat waktu persekolahan nanti. 'aku mesti jawab'.... Tamat waktu sesi persekolahan pada hari itu aku terus menuju ke Bilik Guru, mencari Ustazah agar jawapan yang saya cari dapat diberikan olehnya. Jawapan yang diberikan oleh Ustazah ketika itu tidak cukup memberikan kepuasan kepada dia saya. 'Kenapa ustazah ni.. orang suruh jawab soalan diberikan soalan lain pula, kalau sekolah aku dulu mesti siap Ustaz bagi dalil dan contoh-contoh lagi... ni mesti sebab ustazah sini tak power, maklumlah Sekolah Menengah biasa jea'.... ayat itu bermain difikiran ku..

Pada keesokan harinya, jadual kelas amat padat dan saya mempunyai peluang agar tidak lagi menjawab soalan itu. Saya berasa selamat dan tenteram kerana tiada masa lagi untuk bersembang bersama-sama rakan baru. Tetapi pada hari ketiga setelah soalan itu diajukan saya, saya tidak selamat lagi. Banyak masa untuk bersama-sama rakan berbual. 'Aku mati akal'

"Wan, U dah ada jawapan ker? Kitaorang semua nak dengar jawapan dari U"... 'itu dia, soalan itu kembali kepada aku, macamana aku nak jawab'.... sekumpulan pelajar terus memandang tepat kepada saya menantikan jawapan. 'ah... baik aku kasi jawapan macam ustazah bagitau, at least ada jugak jawapan' idea itu muncul dikepala.

"Macam ni la I jawab, jawapan I ini berkaitan dengan soalan lain jugak. Kalau U boleh jawab soalan I.. ianya jawapan kenapa soalan u sendiri" ayat sebegitu muncul dari mulut saya. "ok.. What ur Question, I sure boleh jawab" kata kawan baruku itu dengan megah. Saya terus mengajukan soalan kepadanya ; " Dimana nyawa kamu, dileher kah? dikepala kah? didada kah?". Tanpa saya sangka soalan itu terus membuatkan semua orang memandang terus kearah kawan baru saya itu. 'now, dia pulak jadi target' hati saya cukup gembira.. Sepanjang 30 minit tanpa guru didalam kelas, kawan baruku itu langsung tidak dapat menjawab. Kesempatan untuk aku berkata " kita tahu kita ada nyawa, tapi seorang pun tidak tahu @ nampak dimana nyawa kita". Kumpulan rakan-rakan saya semua terdiam dan menunjukan respond pelbagai tanpa reaksi jelas.

Sehingga hari ini, saya masih berbangga dengan jawapan terbabit dan dengan hanya satu soalan, saya dihormati sedangkan pada waktu itu terdapat 38 pelajar didalam kelas dan hanya 2 orang pelajar sahaja yang beragama islam (termasuk saya) dan ianya bertambah manis apabila selama 2 tahun saya didalam kelas dan sekolah yang sama disitu, pergaulan dan sikap hormat menghormati rakan-rakan saya yang bukan muslim dapat menerima saya dan cara saya.

P/S : Kita rakyat malaysia, saling hormat menghormati dan mengetahui adat & agama masing-masing. Isu sensetif janganlah ditimbulkan kerana 'rambut sama hitam, siapa tahu hati masing-masing'.

1 comment:

rossees said...

betul..betul..betul..